Rabu, 7 Oktober 2009

Polemik Wang Rakyat

Dalam Tip 35, seorang (Tanpa Nama) telah membangkitkan tentang wang rakyat. Berikut adalah ulasan saya mengenai isu tersebut:
1. Bagi saya tiada istilah wang rakyat. Ia merupakan istilah yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik. Yang ada ialah wang negara yang disimpan di Perbendaharaan Malaysia.
2. Jika ada apa yang dikatakan wang rakyat, tentu setiap warganegara boleh ke Perbendahraan Malaysia dan meminta wang tersebut.
3. Dalam politik 'wang rakyat' dikaitkan dengan pembaziran. Dakwaan tersebut saya rasakan benar. Pembaziran berlaku di mana-mana.
4. Bagaimana kalau dikatakan seorang pelajar (yang sedang menuntut di sebuah sekolah kerajaan & menggunakan wang negara) tidak mencapai gred yang baik juga telah membazir wang rakyat?

6 ulasan:

  1. salam cikgu.sya tertarik ngn polimek wang rakyat yg cikgu trangkan.jka tiada istilah wang rakyat,istilah apa yg kta nk brikan kpd smua wang rakyat yg rakyat brikan kpd ngara? contoh cukai tanah,cukai jalan,cukai harta dan sewaktunya.ke mana semua wang itu d belanjakan??tentang pembaziran yg cikgu trangkn,sya x brp stuju.mmg pmbziran berlaku d mna2,ttp kta blh elkkannya dan sblh-blhnya wang itu dblanjakan dgn baik.sya mnta maaf dgn pndpat sya neh.(budak ign tahu dri pra u1 sigma)

    BalasPadam
  2. Salam Budak Ingin Tahu PraU1 Sigma,
    Tk kerana memberi pendapat. Saya amat hargai. Ulasan saya:
    1. Sila baca semula post di atas apa istilah yang saya gunakan untuk wang tersebut.
    2. Cuba tanya diri sendiri, berapa banyak kita bayar cukai tanah, cukai jalan, cukai harta & sewaktunya setiap tahun berbanding dengan kemudahan & perkhidmatan yang kita kecapi?
    3. Sila renungkan kerana dengan hanya membayar cukai jalan sebanyak RM20.00 setahun saya boleh berjalan ke mana sahaja di Malaysia.

    BalasPadam
  3. apa punya ulasan lembab cikgu nie.. nie otak politik... memang la bayaq RM20 inggit itu seorang apa kata didarab dgn jumlah berapa juta rakyat malaysia yg bayaq cukai jalan tuu...kira semua tu rakyat yg bagi laa... kalau mengajaq otak tu biru kona kot mana pon biru situ laa...

    BalasPadam
  4. Salam x kolej 1992
    Tk kerana memberi respon terhadap ulasan saya. Saya juga tidak berhajat untuk menjadikan blog ini medan perbincangan politik - saya tidak berminat untuk berpolitik. Walau bagaimana pun, komen saya (terakhir yang menyentuh isu politik):
    1. Saya amat BERBANGGA dengan penggunaan bahasa saudara - seorang x kolej.
    2. Sebagai seorang guru saya tidak akan & pernah memaksa sesiapa untuk kona sebelah mana.
    3. Kata seorang rakan saya - (guru juga tetapi bukan ahli biru - orang kuat sebelah sana): "susah nak cakap politik kerana di sebelah sini semua betul walaupun salah & di sebelah sana kena semua salah (walaupun betul. Begitu juga di mata orang di sebelah sana.
    4. Kata seorang sahabat yang lain: "Aku dicap sebelah sana (walaupun sebenarnya orang sebelah sini) semata-mata kerana aku cakap sesuatu yang betul tapi macam orang sebelah sana.
    5. Apa ertinya saya kona di sebelah yang anda suka tetapi murid saya gagal dalam peperiksaan.
    Catatan:
    1. Naluri saya berkata, anda sebenarnya BUKAN x collegian.
    2. Anda tidak perlu membalas pos ini - kerana saya tidak akan terbitkan.
    3. Sebenarnya saya ada menerima ulasan yang lebih pedas & tidak kurang juga yang menyokong. Saya tidak terbitkan kerana kebanyakannya BERpolitik.

    BalasPadam
  5. Salam kepada semua pembaca blog ini
    1. Saya menerima beberapa respon terhadap komen x kolej 1992. Ada yang menyokong & tidak kurang juga yang menghentam beliau. Kepada semua (pro & con) saya ucapkan terima kasih.
    2. Saya pohon maaf kerana saya tidak dapat menerbitkannya - bagi saya tiada faedahnya.
    3. Saya juga berharap isu ini dapat dihentikan. Apa yang saya utarakan ialah pandangan saya terhadap respon seorang pelajar semasa di dalam kelas apabila membincangkan tentang "Perbendaharaan Malaysia". Tiada kaitan dengan BERpolitik. Saya anggap isu ini tamat.

    BalasPadam
  6. Salam semua pelajar KSAH,
    Saya masih menerima ulasan mengenai komen x kolej 1992. Ada yang mendesak saya menerbitkan ulasan mereka. Saya minta maaf tidak dapat berbuat demikian kerana tiada faedahnya. Lebih baik kita tumpukan kepada peperiksaan. Skor A untuk PA itu yang akan membakar semangat saya untuk meneruskan blog ini. Kejayaan anda semua saya doakan.

    BalasPadam