Jumaat, 19 Mac 2010

113 : Mahkamah Perusahaan

Secara amnya, Mahkamah Perusahaan (MP) mengendalikan kes pembuangan pekerja oleh majikan. MP dianggotai oleh seorang Presiden & suatu panel (dua kumpulan iaitu mewakili kumpulan pekerja & majikan) yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
Proses penyelesaian pertikaian perusahaan akan melalui empat peringkat (arbitrasi):
  • rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja
  • rundingan damai kelolaan Jabatan Perhubungan Perusahaan
  • merujuk kes kepada Menteri Sumber Manusia
  • perbicaraan kes yang dirujuk di Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada:
(1) Mahkamah Pengerusi membicarakan kes-kes:
  • pembuangan pekerja dalam sektor swasta
  • pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan
  • sebagaimana yang diarahkan olaeh Presiden
(2) Mahkamah Yang Dipertua membicarakan kes-kes:
  • pertikaian tentang interpretasi, variasi & ketidakpatuhan keputusan @ perjanjian kolektif*
  • persoalan undang-undang yang dirujuk ke Mahkamah Tinggi
  • berkaitan dengan writ of certiorari.

Nota:
* Mendaftar & mengiktiraf perjanjian antara majikan & pekerja supaya ia sah dari segi undang-undang.

112 : Mahkamah Tentera

Secara amnya, terdapat dua jenis Mahkamah Tentera iaitu: (1) Mahkamah Tinggi Tentera (MTT); dan (2) Mahkamah Rendah Tentera (MRT). Berikut ialah beberapa catatan mengenainya:
(1) Anggotanya dilantik oleh YDPA atas nasihat Menteri Pertahanan;
(2) Membicara mereka yang tertakluk kepada undang-undang Perkhidmatan Angkatan Tentera - termasuk (i) askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat; (ii) orang awam yang digaji @ bekerja dengan tentera; (iii) orang awam yang berada di atas kapal terbang/kapal tentera; (iv) kes disiplin ketenteraan; dan (v) kes-kes pecah amanah dalam angkatan tentera.
(3) Hakim MTT ialah Leftenan Kolonel & dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam);
(4) Hakim MRT ialah Yang Dipertua (Mejar) & dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam);
(5) MTT membicarakan Staf Sarjan ke atas.
(6) MRT membicarakan pegawai berpangkat di bawah Staf Sarjan.
(7) Hukuman tertakluk kepada pengesahan pegawai atasan - jika hukuman mati, pegesahan YDPA.
(8) Rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi @ Lembaga Pengampunan.

111 : Mahkamah Kanak-Kanak

Berikut ialah beberapa catatan mengenai perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak (Mahkamah Juvenil):
(1) Melibatkan kes pesalah remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun;
(2) Melibatkan hukuman yang ringan - tidak melibatkan hukuman mati;
(3) Dijalankan di Mahkamah Majistret & didengar oleh majistret bersama dua orang penasihat (dilantik oleh menteri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluraga & Masyarakat) - seorang penasihat mesti wanita);
(4) Diadakan secara tertutup untuk mengelakkan pesalah daripada publisiti;
(5) Ibu bapa, penjaga @ remaja berkenaan dibenarkan menyoal saksi pendakwa;
(6) Tidak dipenjara @ catatan rekod jenayah dibuat terhadap pesalah;
(7) Rayuan keputusan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi; dan
(8) Hukuman mungkin:
  • amaran supaya berkelakuan baik
  • dibenarkan keluar dengan ikat jamin
  • diletakkan di bawah jagaan rapi seorang saudara pesalah
  • hukuman sebat (ringan & tidak melebihi 10 sebatan)
  • tiada rekod jenayah dicatatkan
  • dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berusia 21 tahun

110 : Mahkamah Syariah

Berikut ialah beberapa catatan mengenai Mahkamah Syariah di negeri-negeri:
(1) Hanya membicarakan kes sivil & kes jenayah bagi orang-orang Islam (rujuk tips 102 & 103).
(2) Ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Negeri; dan
(3) Perbicaraan terbuka kepada orang ramai; dan
(4) Mesti menggunakan bahasa Melayu semasa perbicaraan.

109 : Mahkamah Khas Raja-Raja

Berikut ialah beberapa catatan mengenai keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja:
(1) Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (bertindak sebagai pengerusi)
(2) Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
(3) Dua orang (dilantik oleh Majlis Raja-Raja) yang pernah memegang jawaran hakim Mahkamah Persekutuan @ Mahkamah Tinggi.
Nota:
Prosiding di mahkamah ini diputuskan mengikut majoriti pendapat anggotanya.

108 : Mahkamah & Pembatalan Undang-Undang

Mahkamah boleh membatalkan:
(1) undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan; dan
(2) undang-undang yang berada di luar kuasa Dewan Undangan Negeri.
Nota:
Rang undang-undang tidak menjadi undang-undang sekiranya:
(1) tidak diperkenankan oleh Rajaa/Yang DiPertua Negeri; dan
(2) tidak dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sabtu, 6 Mac 2010

107 : Perlantikan Kadi

Bagi negeri-negeri beraja:
Kadi dilantik oleh Raja, Sultan @ Yang di-Pertuan Besar negeri masing-masing.
Bagi negeri-negeri tidak beraja:
Kadi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Nota:
Kadi ialah hakim dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

106 : Perlantikan Majistret

Majistret di Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya) dilantik:
(1) oleh Yang di-Pertuan Agong;
(2) atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya
Majistret untuk negeri-negeri lain dilantik:
(1) oleh Ketua Negeri;
(2) atas nasihat Hakim Besar Malaya @ Hakim Besar Sabah & Sarawak.
- Perlantikan tanpa melalui Perdana Menteri & Majlis Raja-Raja.
- Majistret dianggap sebagai kakitangan awam (anggota Perkhidmatan Kehakiman & Undang-undang).

105 : Perlantikan Hakim Mahkamah Sesyen

Hakim Mahkamah Sesyen dilantik:
(1) oleh Yang di-Pertuan Agong;
(2) atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Nota:
- Perlantikan tanpa melalui Perdana Menteri & Majlis Raja-Raja.
- Hakim Mahkamah Sesyen dianggap sebagai kakitangan awam (anggota Perkhidmatan Kehakiman & Undang-undang).

104 : Perlantikan Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan & Mahkamah Tinggi

Ketua Hakim Negara, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan & Mahkamah Tinggi dilantik:
(1) oleh Yang di-Pertuan Agong;
(2) atas nasihat Perdana Menteri; dan
(3) selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

Jumaat, 5 Mac 2010

103 : Kes Jenayah Di Mahkamah Syariah

Berikut ialah antara kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah:
(1) kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada empat orang isteri);
(2) menjual, membeli & meminum minuman keras;
(3) tidak membayar zakat dan fitrah (baitulmal);
(4) pengambilan anak angkat;
(5) zina @ persetubuhan haram;
(6) berkhalwat;
(7) berjudi;
(8) tidak berpuasa;
(9) menyebarkan ajaran sesat;
(10) menukar agama;
(11) melacur; dan
(12) menyertai pertandingan ratu cantik/berpakaian yang menjolok mata.

102 : Kes Sivil Di Mahkamah Syariah

Berikut ialah antara kes-kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah:
(1) kesalahan matrimoni (perkahwinan, perceraian & nafkah);
(2) pembahagian harta benda (harta sepencarian) akibat perceraian;
(3) pertunangan;
(4) hak penjagaan anak;
(5) wakaf; dan
(6) warisan harta pusaka.

101 : Prosedur Penggubalan & Kelulusan Rang Undang-Undang

Berikut ialah prosedur (peringkat-peringkat) penggubalan & kelulusan sesuatu rang (draf) undang-undang oleh badan perundangan tertentu di Malaysia:
Pertama: Jabatan Peguam melaksanakan draf undang-undang;
Kedua: Dibawa ke Kabinet untuk diteliti;
Ketiga: Dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama - peringkat ini ahli-ahli Dewan Rakyat hanya akan menerima rang undang-undang.
Keempat: Dibawa semula ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua - peringkat penelitian & kajian draf secara terperinci.
Kelima: Dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali ketiga - bacaan ketiga melibatkan kajian terperinci selepas bacaan kedua (jika keadaan memerlukan sedemikian iaitu selepas dibuat pengubahsuasian @ pindaan pada peringkat jawatankuasa. Bacaan ketiga juga melibatkan pengundian untuk kelulusan rang undang-undang.