Isnin, 31 Ogos 2009

30. Penyelarasan Antara Kerajaan

Antara majlis yang ditubuhkan untuk penyelarasan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan ialah (1) Majlis Kewangan Negara; dan (2) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
Nota:
Kedua-dua majlis tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

29. Bidang Kuasa MRR

Antara bidang kuasa MRR (Majlis Raja-Raja) ialah:
1. Mempersetujui atau tidak mempersetujui perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan.
2. Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dasar negara.

28. Kerajaan Persekutuan

Kuasa Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

27. Kerajaan Kesatuan

Ciri-ciri utama Kerajaan Kesatuan ialah:
1. Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
2. Kerajaan Pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

26. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan

Peluasan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan (KP) terhadap bidang kuasa Kerajaan Negeri (KN) termaktub dalam Perkara 93, 94 & 95 Perlembagaan Persekutuan iaitu seperti berikut:
Perkara 93
KP boleh menjalankan apa-apa siasatan, tinjauan & pengumpulan data terhadap KN.
Perkara 94
KP mempunyai kuasa menjalankan penyelidikan, memberi nasihat & bantuan teknikal kepada KN.
Perkara 95 - tertakluk kepada Fasal (3)
KP boleh memeriksa kegiatan-kegiatan jabatan negeri dengan tujuan membuat satu laporan tentang kegiatan itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahad, 30 Ogos 2009

25. Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa pengampunan kepada individu yang dijatuhi hukuman (disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan) di:
a. Mahkamah Syariah: (1) bagi negeri baginda, (2) negeri-negeri yang tidak beraja; dan (3) Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
b. Mahkamah Awam - hanya di Wilayah Persekutuan.
c. Mahkamah Tentera.
Nota:
Lain-lain ialah bidang kuasa pengampunan sama ada Sultan/Raja/Yang DiPertua Negeri bagi setiap negeri.

Salam Kemerdekaaan

Salam Hari Kemerdekaan Ke-52 buat semua pelajar Tingkatan 6.
Hayati erti kemerdekaan agar sebagai warganegara
kita tidak tidak akan mempersia-siakan nikmat kemerdekaan yang sedang dikecapi.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Isnin, 24 Ogos 2009

Tugasan Masa Cuti

Salah seorang rakan anda (Pelajar U1A) bertanyakan tentang tugasan masa cuti seperti yang saya janjikan.
Jawapan: Saya pohon maaf kerana tidak dapat menunaikannya kerana sesuatu sebab yang tidak dapat saya elakkan. Tugasan tersebut akan saya beri semasa sekolah dibuka nanti. Harap maklum & beritahu khabar ini kepada rakan-rakan.

24. Pemecatan EXCO

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) boleh dipecat:
Dengan arahan Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri dengan nasihat daripada Menteri Besar/Ketua Menteri.

23. Pemecatan MB/KM

Menteri Besar/Ketua Menteri boleh dipecat:
Apabila tidak mendapat kepercayaan daripada 2/3 jumlah ahli DUN.

22. Pemecatan Raja/Sultan

Raja @ Sultan boleh dipecat:
Atas nasihat Lembaga Kesultanan Negeri masing-masing.

21. Pemecatan Yang Dipertua Negeri

Yang Dipertua Negeri boleh dipecat:
Oleh YDPA dengan satu resolusi telah dilulus oleh DUN dengan undi tidak kurang daripada 2/3 jumlah ahli DUN.

20. Lantikan SU Dewan Rakyat

Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh YDPA.
Nota:
1. Siapa pula memecatnya?
2. Siapa pula melantik Speaker Dewan Rakyat>

19. Lantikan Majistret

Perlantikan Majistret:
1. Wilayah Persekutuan: YDPA + nasihat Hakim Besar Malaya
2. Negeri-Negeri Lain: Sultan/Raja Yang Dipertua Negeri + nasihat Hakim Besar Malaya @ Hakim Besar Sabah & Sarawak.

18. Gabenor

Jawatan: Yang Dipertua Negeri (Gabenor)
Lantikan: YDPA & Kerajaan Negeri
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA berdasarkan undi tidak percaya Dewan Undangan Negeri (DUN).
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair

17. Ketua Turus ATM, KAN & Gabenor BNM

Jawatan: Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Audit Negara & Gabenor Bank Negara Malaysia.
Lantikan: YDPA + nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair

16. KPN

Jawatan: Ketua Polis Negara
Lantikan: YDPA + nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: Lembaga Tatatertib
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair

15. KHN & Pengerusi Suruhanjaya

Jawatan: Ketua Hakim Negara & Pengerusi Suruhanjaya
Lantikan: YDPA+ nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA atas syor TRIBUNAL (yang dilantik YDPA)
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair

14. KSN

Jawatan: Ketua Setiausaha Negara
Lantikan: YDPA+ nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: Lembaga Tatatertib JPA
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H

Selamat Berpuasa & Selamat Bercuti kepada semua pelajar KSAH yang saya kasihi. Moga-moga cuti pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Ahad, 16 Ogos 2009

Santai

Guru: Berikan tiga dalil (alasan @ sebab) dunia dikatakan bulat?
Pelajar: Sebab (1) bapa saya kata begitu, (2) emak saya pun kata begitu, dan (3) cikgu pun kata begitu.
Nota:
Relaks ...

13. SUHAKAM

Berikut ialah urutan bidang kuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM):
1. Menerima aduan pencabulan hak asasi;
2. Meneliti kesahan kes pencabulan hak asasi;
3. Menjalankan siasatan; dan
4. Menyediakan laporan.
Nota:
SUHAKAM tidak berkuasa untuk:
1. mengeluarkan waran (arahan) untuk menangkap pesalah;
2. membawa sesuatu kes ke mahkamah; ATAU
3. menjatuhkan hukuman.

12. Kewarganegaraan: Kemasukan

Kewarganegaraan melalui kemasukan:
Syarat:
1. Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas; DAN
2. Telah bermaustatin di Malaysia selama 10 tahun daripada 12 tahun sebelum permohonan; DAN
3. Berhasrat untuk tinggal di Persekutuan
Contoh:
Seorang eksekutif petroleum dari Kanada & telah bekerja di Malaysia selama 10 tahun.
Nota:
Apakah ada syarat tambahan lain ... seperti kebolehan berbahasa Melayu???

11. Kewarganegaraan: Pendaftaran

Kewarganegaraan melalui pendaftaran:
Syarat:
1. Wanita asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia; DAN
2. Perkahwinan tersebut didaftarkan di Malaysia.
Contoh:
Seorang wanita rakyat Thailand & suaminya seorang warganegara Malaysia.
Nota:
Apakah ada syarat tambahan lain ... seperti kebolehan berbahasa Melayu???

10. Kewarganegaraan: Kuatkuasa Undang-Undang

Kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang:
Syarat:
1. Dilahirkan di Persekutuan selepas Hari Malaysia (16 September 1963) DAN
2. Ibu ATAU bapanya seorang warganegara Malaysia.
Contoh:
X dilahirkan pada tahun 1961 di Kuala Nerang. Ibu bapanya warganegara Malaysia.

9. Senarai Bersama

Berikut ialah beberapa contoh bidang kuasa perundangan (tanggungjawab) bersama Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri
1. Kebajikan masyarakat
2. Biasiswa
3. Perancangan bandar & desa
4. Pemulihan tanah lombong
5. Ternakan Binatang
6. Kutu rayau
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.

8. Senarai Negeri

Berikut ialah beberapa contoh bidang kuasa perundangan (tanggungjawab) Kerajaan Negeri:
1. Pertanian
2. Hukum Syarak
3. Penyu
4. Perpustakaan
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.

7. Senarai Persekutuan

Berikut ialah beberapa contoh bidang kuasa perundangan (tanggungjawab) Kerajaan Persekutuan:
1. Pasport
2. Kebajikan orang asli
3. Kewarganegaraan
4. Pos & Telekom
5. Perkapalan
6. Mengawal ketenteraman awam
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.

6. Pembahagian Kuasa Perundangan

Pembahagian kuasa perundangan adalah merujuk kepada tanggungjawab kerajaan (Persekutuan & Negeri) seperti yang termaktub dalam Perkara 74 & Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan.
Tanggungjawab tersebut wujud dinyatakan dalam:
1. Senarai Persekutuan - tanggungjawab Kerajaan Pusat
2. Senarai Negeri - tanggungjawab Kerajaan Negeri
3. Senarai Bersama - tanggungjawab Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri.
Nota:
1. Apa-apa yang tidak tercatat di dalam ketiga-tiga senarai dikenali sebagai BAKI PERUNDANGAN.
2. Baki Perundangan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Sabtu, 15 Ogos 2009

5. Istilah Perundangan

Berikut adalah penerangan ringkas tentang istilah-istilah perundangan:
1. Rang - merujuk kepada draf undang-undang,
2. Akta - merujuk kepada peraturan & kaedah yang dibuat oleh Parlimen.
3. Ordinan - ialah (1) undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Persekutuan dari 11 Februari hingga 10 September 1959; DAN (2) undang-undang yang digubal oleh DUN Sabah & Sarawak.
4. Enakmen - dibuat oleh DUN kecuali Sabah & Sarawak
5. Perundangan Subsidiari - ialah peraturan-peraturan & kaedah yang dibuat oleh seseorang menteri.

4. Kewarganegaraan: Kuatkuasa Undang-Undang

Contoh mereka yang layak memperolehi taraf kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 14(1), Perlembagaan Persekutuan ialah:
i) Individu yang dilahirkan SEBELUM Hari Malaysia (16 September 1963) DAN menjadi WARGANEGARA Persekutuan TANAH MELAYU.
ii) Individu yang dilahirkan di negara Malaysia PADA atau SELEPAS Hari Malaysia.

3. Konsep Negara

Ciri konsep asas sesebuah negara ialah mempunyai:
1. penduduk yang tetap
2. sempadan tertentu & diiktiraf
3. sistem kerajaan yang teratur
Nota:
Sesebuah negara tidak semestinya mempunyai raja @ sultan.

2. Ciri-Ciri Sistem Kerajaan

1. Kerajaan Persekutuan
~ Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
~ Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa tertentu.
~ Kuasa kerajaan dibahagikan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan.
2. Kerajaan Kesatuan
~ Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
3. Kerajaan Konfederasi
~ Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang amat terhad.
~ Kebanyakan kuasa kerjaan terletak di tangan Kerajaan Negeri.

1. Kerajaan Konfederasi

Fakta-fakta penting tentang konsep Kerajaan Konfederasi:
1. Mempunyai dua bahagian iaitu Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri.
2. Diwujudkan melalui perjanjian yang longgar.
3. Kuasa terletak dalam tangan Kerajaan Negeri - justeru, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang TERHAD.

Peperiksaan PA Kertas 1

Berikut adalah maklumat-maklumat am peperiksaan PA Kertas 1:
Kod: 900/1
Masa Peperiksaan: 2 jam
Bentuk: Aneka Pilihan
Jumlah Soalan: 60 - pecahannya adalah seperti berikut:
1. Kenegaraan Malaysia: 25 soalan
~ mengandungi: Bidang Eksekutif, Legislatif & Judisiari
2. Pengetahuan Am: 20 soalan
~ mengandungi: Dasar Luar, Dasar Luar & Isu Semasa
3. Penyelesaian Masalah: 15 soalan
~ mengandungi: Soalan-soalan Kuantitatif

Rabu, 12 Ogos 2009

Mukaddimah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang"
Blog ini merupakan satu usaha kecil saya terhadap pengajaran & pembelajaran matapelajaran Pengajian Am, khususnya Kertas 1 (900/1). Kandungan blog ini bukanlah sesuatu yang komprehensif tetapi lebih merupakan fakta atau tips berdasarkan soalan STPM yang sebenar.
Saya amat berharap para pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid akan mendapat manfaat dari blog ini. Moga-moga bahan-bahan yang terdapat di blog ini dapat membantu untuk menghadapi peperiksaan STPM.
Saya juga akan berusaha mendapatkan rakan-rakan guru yang lain untuk turut menyumbang bahan untuk dimuatkan di blog ini. Komen & sumbangan para pelajar juga amat diharapkan untuk menjadikan blog ini sesuatu amat bermakna.
Selain itu, saya akan cuba mempelbagaikan bahan yang dapat menyumbang ke arah pembangunan minda. Untuk itu, sokongan & doa anda semua saya tagih agar saya terus diberikan kekuatan untuk menyelenggara blog ini.
Kesempatan ini juga saya ambil untuk mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan & kejayaan anda - para pelajar KSAH yang saya kasihi.
Akhir sekali:
Jika anda rasakan bermanfaat, beritahu rakan-rakan
Jika tidak, beritahu saya.