Rabu, 7 Oktober 2009

73. 1 Malaysia

Lapan nilai ke arah 1 Malaysia:
1. Budaya Kecemerlangan
Persepsi kental, berwibawa menjulang nama menuju puncak jaya.
2. Rendah Hati
Tawaduk, hormat, berhemah bercirikan kekuatan peribadi.
3. Ketabahan
Cekal disisip keyakinan menanggung risiko, kreatif, sedia mengharung kesukaran menuju kejayaan cemerlang.
4. Penerimaan
Rela dengan minda terbuka, mengakui kenyataan, merentasi smua garisan pemisah bangsa etnik.
5. Kesetiaan
Akur, patuh, membina tunggak kejayan secara gandingan bersama.
6. Meritokrasi
Setanding, unggul, menonjol, mencabar, ketrampilan mencakupi segala faktor terbaik
7. Pendidikan
Membaca,landasan menyatupadukan holistik, titik persamaan, membuka minda menjulang martabat negara.
8. Integriti
Dihormati, wibawa, jati diri, akui kesilapan, membaikinya, jadi panduan, jujur, bercakap benar, tepati janji.

6 ulasan:

  1. Terima Kasih cikgu kerana membuka blog ini.

    BalasPadam
  2. Thanks Pelajar Kelas Alfa. I'll be happier if you could score A for your PA. All the best.

    BalasPadam
  3. salam.sya x nfikan yg PM kta tlh byk brsaha dlm mngeratkan hbgn antra semua kaum d malaysia..tetapi bru2 ni sya trbca dlm akhbar ttg hsrat PM kta yg ign mmbna asrama 1 malaysia d sebuah pusat pngajian.bg pndpt sya cdgn ini x brp bgs krn ini akn mnyukarkan plajar yg bragama islam.bg plajar prmpuan, mrka trpksa mnutup aurat kslruhannya dan mrk akn trbatal air sembahyang jka mrk brsentuh kulit wlaupn sma jantina.aurat mrk ngn owg bkn ISLAM adalah sma ngn lelaki bkn ajnabi. cikgu stuju x ngn pndpt yg sya bri kn??

    BalasPadam
  4. Salam Tanpa Nama 20:00
    Tk kerana memberi pendapat.
    Saya kurang arif tentang hukum yang anda sebutkan. Nanti saya tanya ustaz. Namun bagi saya hukum Islam tidak seteruk itu. Berikut beberapa pandangan saya:
    1. Menutup aurat keseluruhannya bukanlah sesuatu yang susah jika itu kehendak agama.
    2. Agaknya orang Islam tak bolehlah pergi belajar di luar negara (bukan Islam) kerana besar kemungkinan kita kena tinggal dengan mereka yang bukan Islam?
    3. Wuduk seorang suami juga terbatal jika sentuh isteri. Justeru, bagaimana??? Adakah suami & isteri tidak boleh tinggal sebumbung?
    4. Orang Melayu Islam saya perhatikan selalu menganggap yang bukan Islam satu macam. Bagaimana Islam nak berkembang jika kita tidak ’bercampur’ dengan bukan Islam. Cuba tengok mubaliq Kristian yang sanggup tinggal di pendalaman Sarawak untuk mengkristiankan orang. Dakwah Melayu Islam hanya berkisar di kalangan yang telah Islam.
    Wallahualam ...
    Catatan:
    Saya dah tanya Ustaz Jamal – kata beliau tak batal sesama jantina. Kalau tak percaya rujuk Buku Amali Tingkatan 1.

    BalasPadam
  5. salam cikgu tq krn mmbri pndpt ckgu..sya hrp sya dpt tnya cikgu lgi(",)

    BalasPadam
  6. Salam Tanpa Nama 20:22
    Sama2x - gembira kerana dapat berkongsi pandangan.
    Fikiran harus terbuka & tidak jumud dalam memberi @ menerima pandangan.

    BalasPadam