Sabtu, 31 Oktober 2009

Peperiksaan PA Kertas 1

Seorang rakan anda, Curiosity Sigmalian (agak saya pelajar kelas Sigma) telah mengemukakan dua persoalan (komen di pos sebelum pos ini). Berikut ialah respons saya mengenainya:
Persoalan 1: Jumlah Soalan Penyelesaian Masalah
Dalam peperiksaan STPM akan ada 15 soalan penyelesaian masalah. - iaitu yang melibatkan pengiraan. Agihan soalan PA Kertas 1 STPM adalah seperti rajah di bawah. Untuk itu soalan peperiksaan dalaman KSAH juga akan cuba mengikut format tersebut. Isu ini sebenarnya telah dijelaskan secara terperinci semasa kelas pertama saya.

Persoalan 2: Cara Terbaik Menangani Soalan Penyelesaian Masalah
Tidak timbul soal tidak cukup masa kerana isu kemampuan pelajar untuk menjawab telah diambil kira semasa membina soalan-soalan. Anda perlu buat banyak latihan. Dicadangkan setiap hari - sama seperti (kalau anda masih ingat) cerita saya tentang cara seorang kawan saya 'tackel' isteri dia semasa belajar dulu. Saya harap respon iini dapat membantu anda.

7 ulasan:

  1. cikgu.blh gtau x tjok2 kmungkinan yg akn kluaq exam neh??

    BalasPadam
  2. Salam Tanpa Nama 01:04
    1. Semua tajuk yang telah kita belajar berkemungkinan akan keluar. Saya tengah menyediakan soalan.
    2. Jangan tidur terlalu lewat.
    3. Saya doakan kejayaan anda dalam peperiksaan nanti.

    BalasPadam
  3. mga2 berkat doa cikgu,sya proleh kptsn yg mmbransangkan saya..amin..

    BalasPadam
  4. Aslkm Cikgu Pekasam.Say ni umar dari pelajar form 6 high.Saya dari besut,terengganu.Nak tanye ni ? Nampak gaye cikgu memang pakar dalam subjek ni and terrer pasal soalan spot2 ni kan...So saye nak mintak hajat sikit ni,boleh cikgu bagitahu bab2/tajuk2 yang mungkin akan keluar exam ni.Bukannye saye tidak mempercayai ape yang telah diajarkan oleh cikgu saya,cuma saya berasa dengan cara di internet seperti blog ni mampu meningkatkan semangat dan keyakinan lagi untuk saya menjawab soalan PA 1 tahun ni.Harap cikgu bagi tajuk die je,saye tidak mengharapkan semua.Ok thanks n bye.Wslm.

    UMAR
    -(0199534149)

    BalasPadam
  5. Salam Saudara Umar (Besut, Terengganu)
    1. Saya bukan pakar dalam subjek ini - apa lagi terre pasal soalan spot.
    2. Kalau anda nak skor gred yang baik, JANGAN percaya kepada soalan spot.
    3. Cuba tanya cikgu anda lentang laporan subjek oleh MPM - ini boleh membantu anda mendapat gred yang baik. Saya akan cuba menulisnya di blog ini dalam waktu terdekat.
    4. Apa yang mampu lakukan untuk anda ialah berdoa dengan seikhlas hati untuk kejayaan anda.

    BalasPadam
  6. sye mahu pendapt org ramai,,cmna nak belajar cara singkat,,dlm masa 7 bulan pengajiam am,,,,,sye nak repeat balik stpm sye,,sye x puas hati,,yg lain ok,,,tiba2 p.a sye musnah,,

    BalasPadam
  7. Salam Tanpa Nama 10 Mac 2012 8:47 PTG
    1. Maaf kerana tidak membalas komen anda - terlupa.
    2. Saya harap ada pembaca blog ini dapat membantu.
    3. Hajat anda untuk repeat kerana tidak puas hati adalah normal & saya tabik. Itulah semangat yang kita mahukan. Harap anda telah mendaftar untuk STPM 2012.
    Namun bagi saya:
    1. TIADA kaedah belajar cara singkat.
    2. Yang ada ialah tips persediaan menghadapi peperiksaan. Dapatkan di internet. Pernah terjumpa satu yang saya rasa baik. Sekali lagi maaf tidak ingat - akan saya berikan bila saya jumpa.
    3. Saya rasa (berdasarkan pengalaaman sendiri) group study akan banyak membantu.
    4. Yang paling penting banyakkan berdoa - minta (i) diberi kelapangan untuk membuat ulangkaji; (ii) diringankan beban untuk belajar; dan (iii) diberi daya ingatan yang baik.
    Walahualam ...

    BalasPadam