Sabtu, 19 Disember 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Para pelajar KSAH boleh mendapatkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 melalui laman web rasmi KSAH mulai hari ini (19/12/09). Ini merupakan langkah percubaan KSAH untuk memaparkan keputusan secara on-line.
Untuk mengakses keputusan anda, sila pastikan 'Active X' dijana. Jika tidak keputusan tersebut tidak dapat dipaparkan.
Catatan:
1. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah
2. Sesi persekolahan 2010 sudah semakin hampir - apa persiapan anda semua.

Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha

Saya & keluarga mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan Salam Aidiladha kepada pengikut/pembaca blog ini - khususnya para pelajar saya.
Saya akan cuba up-date blog ini dalam sedikit hari lagi. Harap maaf - saya maasih sibuk dengan urusan jadual waktu & membuat persiapan memaparkan keputusan peperiksaan menggunakan laman web sekolah.

Jumaat, 20 November 2009

Ucapan

Saya mengambil kesempatan ini untuk:
1. Mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM 2009 kepada para pelajar PraU2. Kejayaan anda semua saya doakan.
2. Kepada para pelajar PraU1 pula SELAMAT BERCUTI & buatlah ulangkaji sebagai persiapan peperiksaan STPM 2010.

Khamis, 12 November 2009

Tangguh Seketika

Saya pohon maaf seketika kerana tidak dapat update blog ini kerana buat masa ini saya agak sibuk kerana diminta untuk mengkaji pelaksanaan Jadual Waktu Tingkatan 6 bagi persekolahan sesi 2010. Blog ini akan saya terus apabila urusan tersebut selesai - mungkin awal cuti akhir tahun nanti.
Harapan saya, anda akan terus singgah di blog ini dari semasa ke semasa. Juga ucapan selamat bercuti dari saya.

Sabtu, 31 Oktober 2009

80. Kuasa Perlantikan

Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar/Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan-jawatan tertentu. Contohnya, Yang Dipertua Negeri Melaka & Pulau Pinang mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan berikut:
1. Ketua Menteri (di kalangan yang mendapat sokongan majoriti ahli DUN)
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (atas nasihat Ketua Menteri)
3. Majistret (atas nasihat Hakim Besar Malaya)
4. Penghulu (mengikut nasihat Kerajaan Negeri)
Catatan:
Bagaimana dengan kuasa perlantikan jawatan di negeri-negeri lain? Sila dapatkan.

Peperiksaan PA Kertas 1

Seorang rakan anda, Curiosity Sigmalian (agak saya pelajar kelas Sigma) telah mengemukakan dua persoalan (komen di pos sebelum pos ini). Berikut ialah respons saya mengenainya:
Persoalan 1: Jumlah Soalan Penyelesaian Masalah
Dalam peperiksaan STPM akan ada 15 soalan penyelesaian masalah. - iaitu yang melibatkan pengiraan. Agihan soalan PA Kertas 1 STPM adalah seperti rajah di bawah. Untuk itu soalan peperiksaan dalaman KSAH juga akan cuba mengikut format tersebut. Isu ini sebenarnya telah dijelaskan secara terperinci semasa kelas pertama saya.

Persoalan 2: Cara Terbaik Menangani Soalan Penyelesaian Masalah
Tidak timbul soal tidak cukup masa kerana isu kemampuan pelajar untuk menjawab telah diambil kira semasa membina soalan-soalan. Anda perlu buat banyak latihan. Dicadangkan setiap hari - sama seperti (kalau anda masih ingat) cerita saya tentang cara seorang kawan saya 'tackel' isteri dia semasa belajar dulu. Saya harap respon iini dapat membantu anda.

Rabu, 21 Oktober 2009

Pertandingan Mencipta Kulit Majalah Darulaman

Pengetua meminta saya menghebahkan kepada warga KSAH tentang pertandingan mencipta kulit Majalah Darulaman (majalah KSAH) bagi tahun 2009. Bila sebut pertandingan tentulah ada hadiahnya.
Ini hanyalah maklumat awal. Perinciannya akan saya muatkan di dalam laman web kolej.
Harapan saya, anda yang berbakat tidak melepaskan peluang ini. Mana tahu ciptaan anda yang menang.

Selasa, 20 Oktober 2009

79. Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri

Setiausaha Kerajaan Negeri berperanan sebagai:
1. Pegawai Utama Pentadbiran Negeri
2. Ketua Perkhidmatan Awam Negeri
3. Penasihat Pentadbir Utama kepada MB/KM
4. Penasihat Utama kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

78. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ialah jabatan utama bagi sesebuah negeri. Ketuanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Fungsinya sama dengan Jabatan Perdana Menteri. Fungsinya:
1. merancang & menyelaras segala dasar Kerajaan Negeri
2. menentukan pelaksanaan dasar-dasar oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri

Selasa, 13 Oktober 2009

77. Peruntukan Tambahan Bagi Sabah & Sarawak

Berikut ialah beberapa peruntukan tambahan bagi Sabah & Sarawak dalam aspek pentadbiran & hubungannya dengan kuasa Kerajaan Persekutuan:
1. Parlimen tidak boleh menyekat penggunaan bahasa Inggeris di kedua-dua negeri.
2. Parlimen boleh membuat undang-undang tentang Kerajaan Tempatan di kedua-dua negeri.
3. Parlimen mempunyai kuasa menentukan syarat-syarat kewarganegaraan bagi kedua-dua negeri.
4. Parlimen boleh melarang kedua-dua negeri daripada mengenakan royalti terhadap galian.

76. Majlis/Dewan Bandar Raya

Berikut ialah ciri-ciri Majlis/Dewan Bandaraya:
1. Taraf Kawasan - Pusat Pentadbiran Negeri
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 1 juta orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Melebihi RM 20 juta
4. Terdapat institusi kewangan
5. Terdapat pusat-pusat pengajian tinggi
6. Diketuai oleh seorang Datuk Bandar

Isnin, 12 Oktober 2009

75. Majlis Daerah

Berikut ialah ciri-ciri Majlis Daerah:
1. Taraf Kawasan - Luar kawasan Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Kurang 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 12 orang

74. Majlis Perbandaran

Berikut ialah ciri-ciri Majlis Perbandaran:
1. Taraf Kawasan - Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Tidak kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 24 orang

Rabu, 7 Oktober 2009

73. 1 Malaysia

Lapan nilai ke arah 1 Malaysia:
1. Budaya Kecemerlangan
Persepsi kental, berwibawa menjulang nama menuju puncak jaya.
2. Rendah Hati
Tawaduk, hormat, berhemah bercirikan kekuatan peribadi.
3. Ketabahan
Cekal disisip keyakinan menanggung risiko, kreatif, sedia mengharung kesukaran menuju kejayaan cemerlang.
4. Penerimaan
Rela dengan minda terbuka, mengakui kenyataan, merentasi smua garisan pemisah bangsa etnik.
5. Kesetiaan
Akur, patuh, membina tunggak kejayan secara gandingan bersama.
6. Meritokrasi
Setanding, unggul, menonjol, mencabar, ketrampilan mencakupi segala faktor terbaik
7. Pendidikan
Membaca,landasan menyatupadukan holistik, titik persamaan, membuka minda menjulang martabat negara.
8. Integriti
Dihormati, wibawa, jati diri, akui kesilapan, membaikinya, jadi panduan, jujur, bercakap benar, tepati janji.

Polemik Wang Rakyat

Dalam Tip 35, seorang (Tanpa Nama) telah membangkitkan tentang wang rakyat. Berikut adalah ulasan saya mengenai isu tersebut:
1. Bagi saya tiada istilah wang rakyat. Ia merupakan istilah yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik. Yang ada ialah wang negara yang disimpan di Perbendaharaan Malaysia.
2. Jika ada apa yang dikatakan wang rakyat, tentu setiap warganegara boleh ke Perbendahraan Malaysia dan meminta wang tersebut.
3. Dalam politik 'wang rakyat' dikaitkan dengan pembaziran. Dakwaan tersebut saya rasakan benar. Pembaziran berlaku di mana-mana.
4. Bagaimana kalau dikatakan seorang pelajar (yang sedang menuntut di sebuah sekolah kerajaan & menggunakan wang negara) tidak mencapai gred yang baik juga telah membazir wang rakyat?