Selasa, 29 September 2009

67. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Setiap negeri mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sabah, majlis tersebut dikenali sebagai Kabinet Negeri sementara di Sarawak pula dikenali sebagai Majlis Tertinggi. Majlis tersebut melaksanakan kuasa eksekutif negeri.
Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri & dilantik oleh Sultan/Yang Dipertua Negeri atas nasihat MB/KM. Mereka tidak boleh mengamalkan profesion maing-masing. Setiap ahli majlis (termasuk MB) akan memegang portfolio pentadbiran tertentu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri & Penasihat Undang-Undang Negeri adalah pegawai-pegawai ex-officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4 ulasan:

  1. blog ini banyak membantu saya terutamanya dalam menghadapi kertsa ulangan pengajian am sem 1

    BalasPadam
  2. Salam Syuhai Fathy,
    Kalau benar seperti apa yg anda katakan, saya amat bersyukur.
    Nota:
    1. Tk kerana singgah di blog ini.
    2. Maaf kerana lewat menerbit & menjawab catatan ulasan anda.
    3. Saya doakan kejataan anda.

    BalasPadam
  3. apa maksud ex officio

    BalasPadam
  4. Salam Tanpa Nama 29 September 2015 1:40 ptg
    1. Tk kerana singgah di blog walaupun dah lama saya tak update.
    2. Ex-officio menurut kamus bermaksud: 'because of your job, office, or position'.
    3. Dalam konteks Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), secara amnya mereka adalah 'ahli' MMKN kerana menjawat jawatan tersebut.
    4. Akan terhenti secara auomatik jika tidak lagi menjawat jawatan tersebut.
    5. Berperanan sebagai individu yang akan dirujuk oleh MMKN dari aspek prosedur pentadbiran (tatacara, kewangan & perundangan).
    6. Namun, kuasa mereka terbatas (hak tidak sama dengan ahli MKKN - cth undi)
    7. Walahualam ... ini hanyalah sekadar pemahaman saya - cuba dapatkan pandangan pengajar anda.

    BalasPadam