Rabu, 16 September 2009

55. Dewan Negara

Dewan Negara (DN) terdiri daripada seramai 70 orang ahli & terbahagi kepada dua kategori iaitu:
(a) 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli); dan
(b) 44 ahli yang dilantik oleh YDPA atas nasihat PM, termasuk dua ahli dari WP Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari WP Labuan dan Putra Jaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan @ negeri.
Nota:
Kedudukan DN berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli DN dilantik dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan