Dokrin duluan kehakiman (selain statut) dipakai juga sebagai sumber undang-undang dalam Sistem Perundangan Malaysia. Doktrin tersebut dipakai jika sesuai & tidak bercanggah dengan sistem kehakiman Malaysia. Menurut doktrin tersebut, hakim mahkamah berhak:
(1) membuat prinsip kehakimannya sendiri sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis; atau(2) membuat pilihan antara prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah sebelumnya (mahkamah setaraf @ lebih tinggi).
ummm... nak tnye lah... ape maksud doktrin duluan kehakiman secara khusus...???
BalasPadamSalam Tanpa 8:02,
BalasPadamSecara amnya doktrin tersebut:
1. ialah keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah semasa mengadili sesuatu kes.
2. juga merupakan sumber undang-undang iaitu undang-undang tidak bertulis;
3. dirujuk oleh hakim apabila tiada undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara.
Tk kerana tnye ...
apa fungsi Doktrin duluan kehakiman nie??
BalasPadamSalam Tanpa Nama 14:58,
BalasPadamSecara amnya, doktrin tersebut berfungsi sebagai bahan rujukan oleh hakim iaitu dalam mengendalikan sesuatu kes, hakim boleh merujuk pengendalian kes terdahulu (kes yang sama) sebagai asas membuat sesuatu keputusan.
can u explain simply what is meant by 'judicial precedent'??
BalasPadamSalam Tanpa Nama 10:26,
BalasPadamThank you for asking. My understanding (NOT as a law expert) is as follow:
Judicial precedent means:
1. the process whereby the judges follow the previous decided cases where the facts are of sufficient similarity.
2. Meant to provide predictability & consistency in the law.
3. Involves an application of the principle of 'stare decisis' (to stand by the decided). 4. The inferior courts are bound to apply the legal principles set down in the earlier cases by the superior courts.
Sekiranya tidak tepat sila maklumkan kepada saya.
apa maksu doktrin duluan kehakiman?
BalasPadamapa maksud undang-undang subsidiari?
BalasPadamSalam Tanpa Nama 18 Jun 2011 3:24 PM,
BalasPadam1. Sila semak komen saya terdahulu - rasanya cukup jelas apa maksud doktrin duluan kehakiman.
2. Apa pun terima kasih kerana singgah di blog ini & bertanya soalan.
blh saya tahu apa itu undang-undang subsidiari?
BalasPadambley x bg jawapan utk soalan ini, secepat y mgkin ea. hehe :
BalasPadam1)bgaimana kptsn khakiman mula m'jd sumber undang2
2)bgaimana dikatakan ia sbg doktrin duluan kehakiman
3)bg gmbarajah utk jelaskn hierarki duluan mhkmh
4)kebaikn & keburukn doktrin duluan mhkmh
Salam Tanpa Nama 19 Jun 2011 4.33 PM,
BalasPadamSecara ringkasnya undang-undang subsidiari ialah kuasa undang-undang diturunkan (oleh Badan Legislatif) kepada satu badan (individu - eg: menteri) tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya.
Salam bulanchantek,
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Secara amnya jawapan bagi perkara (1), (2) dan (3) yang dikemukakan telah ada pada pos & catatan-catatan ulasan.
3. Bagi perkara (4) saya minta maaf kerana buat masa kini saya tidak kaji secara mendalam kebaikan & keburukan doktrin tersebut. Setakat ini (kerana bukan nak jadi pakar undang-undang) tiada keperluan khusus untuk itu. Sekali lagi maaf.
dalam buku nie tajuk bab ape eak??
BalasPadamdalam soalan stpm 2011, ada soalan tntang doktrin duluan kehakiman.. ada 2 pilihan jawapan yg betul berdasarkan nota ni..confuse. selalu ke keluar soalan yg ada dua jawapan tepat, memang x lari langsung drpd nota pengajian am??
BalasPadamSalam mn6bil,
BalasPadambab mengenai sumber undang-undang, sistem kehakiman/perundangan Malaysia.
Salam Lah Rabbani,
BalasPadam1. Anda amat teliti & pantas bertindak. Tahniah! Juga terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Secara amnya, tidak akan berlaku seperti yang didakwa. Namun, sepanjang ingatan (maaf tak ingat tahun) pernah tiada terdapat jawapan yang betul.
3. Soalan (hampir sama) seperti Soalan 45 STPM 2011 (yang dipersoalkan) pernah keluar pada Tahun 1999. Bezanya soalan Tahun 1999: (i) ada penyataan sebelum soalan; (ii) jawapan ialah pilihan I, II, III & IV (bukan terus A, B, C, D); dan (iii) tiada perkataan “yang lebih tinggi” pada penyataan D. Jawapan betul (diberi oleh MPM) ialah III & IV (iaitu C & D Tahun 2011). Justeru, apa yang anda pertikaikan ada kebenarannya.
4. Calon tidak perlu risau kerana jika betul terdapat kesalahan, maka soalan tersebut tidak akan dikira.
5. Namun, untuk soalan Tahun 2011, saya akan memilih C sebagai jawapan kerana jawapan D kurang tepat kerana rujukan bukan hanya kepada prinsip undang-undang mahkamah “yang lebih tinggi” tetapi juga “setaraf” - tujuk pos di atas.
6. Wallahualam ... Cuba bertanya kepada yang lebih arih pula ... Maaf kalau blog ini telah membuat anda confuse.
leh bg maksud ordinan, enakmen, akta, perundangan subsidari.dan doktrin duluan kehakiman
BalasPadamordinan(undang2 yang diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948 hingga tahun 1959 dan undang2 yang diluluskan oleh DUN sabah dan sarawak) Enakmen(undang2 yg dluluskn oleh DUN bagi negeri2 di semenanjung) Akta(undang2 yang diluluskan oleh Parlimen selepas 11/9/1959 hingga kini )
BalasPadamSalam Tanpa Nama 8 Februari 2012 8:55 PTG & Amirul Husni
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Minta maaf kepada Tanpa Nama kerana selepas saya terbitkan komen saudara, saya terlupa mengenainya sehinggalah Sdr. Amirul Husni memberi komen di atas.
3. Berbanyak terima kasih kepada Sdr. Amirul Husni yang tolong memberi jawapan tepat ( dan lebih baik berbanding saya. Inilah contoh terbaik perkongsian maklumat.
Walahualam ...