Sabtu, 13 Februari 2010

82. Sijil Menduduki Bangunan

'Sijil Menduduki Bangunan' dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemilik sesuatu bangunan baru. Tanpa sijil tersebut:
(1) pemilik tidak dapat menduduki bangunan tersebut;
(2) pihak berkuasa air tidak boleh membekalkan air; dan
(3) TNB tidak boleh membekalkan eletrik.
Catatan:
Mengapa PBT tidak dapat mengeluarkan sijil tersebut?

2 ulasan:

  1. SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO)

    Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.



    CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :



    Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.




    Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan


    Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.







    Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.



    PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

    BalasPadam
  2. Salam Tanpa Nama 10:48pm (2 Julai 2011),
    1. Terima kasih & TAHNIAH kerana sudi mencatatkan ulasan terperinci mengenai CFO di blog ini.
    2. Inilah antara ulasan yang TERBAIK setakat ini - satu perkongsian info yg tinggi nilainya. Saya harap akan lebih ramai (di luar sana) orang seperti anda.
    3. Kepada pembaca lain - sila manfaatkan ulasan ini.
    4. Sekali lagi ~ terima kasih daun keladi.
    Nota:
    Sayangnya saya tak tahu siapa sebenarnya pengirim ulasan ini. Apa pun saya doakan kebahagiaan beliau.

    BalasPadam