Selasa, 7 Jun 2011

124 : Mahkamah Khas Raja-Raja

Mahkamah Khas Raja-Raja (MKRR) diwujudkan mulai tahun 1993. Berikut ialah catatan ringkas tentang MKRR:

Yang Dipertua:
  • Ketua Hakim Negara/Hakim Besar Malaya/Hakim Besar Sabah & Sarawak/dua hakim Mahkamah Atasan @ Mahkamah Tinggi (dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
Bidang Bicara:
  • Membicarakan kes sivil & jenayah kesalahan seseorang raja atas sifat peribadi.
  • Keputusan MKRR adalah muktamad - tidak boleh dicabar @ dirayu.
Nota:
1. Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar tidak boleh mengampunkan diri sendiri.
2. Pengampunan oleh Jemaah Pengampunan - YDPA (pengerusi)

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum... Ermm Jemaah pengampunan ni trdiri drpd siapa yaa..??

    BalasPadam
  2. Salam Azwan Hafiz,
    1. Walaikumuasalam & terima kasih kerana singgah di blog ini. Saya pohon maaf kerana baru lihat catatan ulasan anda - baru balik dari menunai haji.
    3. Jawapan bagi persoalan anda (serta maklumat tambahan mengenai Jemaah Pengampunan terdapat di blog berikut;
    http://pengajianammalaysia.blogspot.com/2010/08/tugas-tugas-lain-yang-di-pertuan-agong.html

    BalasPadam
  3. Cikgu.. mcam mna plak klau yg YDPA yg buat salah.. sapa nk ampunkan dya.. mcam mna kea tu dbicarakan?
    mohon penjelasan drpd cikgu yg lebih arif.. tima kasih :)

    BalasPadam
  4. Salam Azwan Hafiz,
    1 Tk kerana sekali lagi singgah di blog ini.
    2. Tiada jawapan pasti untuk kedua2x persoalan kerana (a) tak terjumpa dinyatakan secara khusus (walaupun saya boleh agak jalan keluarnya) - kalau ada yang jumpa, jom kita kongsikan; (b) tak pernah berlaku; dan (c) kalau didapati bersalah, bukan lagi atas nama YDPA kerana baginda hendaklah terhenti menjalankan fungsi YDPA jika dipertuduh atas suatu kesalahan (rujuk PP Perkara 33A).
    3. Untuk kita mendapat sedikit gambaran tentang persoalan ini, rujuklah kepada Per,lembagaan Persekutuan Perkara 32, 33A, 182 & Jadual 3.
    4. Saya harap ulasan ini bukanlah penyelesaian muktamad terhadap persoalan yang dibangkitkan tetapi akan mencetuskan satu usaha untuk mendapatkan jawapan pasti - itulah ilmu sebenarnya ... walalahualam.

    BalasPadam