Jumaat, 19 Mac 2010

113 : Mahkamah Perusahaan

Secara amnya, Mahkamah Perusahaan (MP) mengendalikan kes pembuangan pekerja oleh majikan. MP dianggotai oleh seorang Presiden & suatu panel (dua kumpulan iaitu mewakili kumpulan pekerja & majikan) yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
Proses penyelesaian pertikaian perusahaan akan melalui empat peringkat (arbitrasi):
  • rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja
  • rundingan damai kelolaan Jabatan Perhubungan Perusahaan
  • merujuk kes kepada Menteri Sumber Manusia
  • perbicaraan kes yang dirujuk di Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada:
(1) Mahkamah Pengerusi membicarakan kes-kes:
  • pembuangan pekerja dalam sektor swasta
  • pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan
  • sebagaimana yang diarahkan olaeh Presiden
(2) Mahkamah Yang Dipertua membicarakan kes-kes:
  • pertikaian tentang interpretasi, variasi & ketidakpatuhan keputusan @ perjanjian kolektif*
  • persoalan undang-undang yang dirujuk ke Mahkamah Tinggi
  • berkaitan dengan writ of certiorari.

Nota:
* Mendaftar & mengiktiraf perjanjian antara majikan & pekerja supaya ia sah dari segi undang-undang.

7 ulasan:

  1. cikgu, April test keluar dari mana ke mana?

    BalasPadam
  2. cikgu,siapa yang melantik hakim mahkamah perusahaan?terima kasih.

    BalasPadam
  3. Salam Tanpa Nama 19:23,
    1. saya minta maaf kerana terlepas pandang komen ini.
    2. Jawapan saya: yang melantik YDPA. agak-agak anda siapa pula yang boleh memecat.

    BalasPadam
  4. salam
    cikgu apakah prosedur mahkamah perusahaan sebelum mengambil tindakan ?

    BalasPadam
  5. Salam Waney Cetcet,
    1. Sekali lagi saya terlepas pandang ulasan ini.
    2. Jawapan saya: sebelum mengambil tindakan, prosedur yang diambil adalah tiga peringkat (arbitrasi) - peringkat 1, 2 & 3 seperti yang disenaraikan di atas.

    BalasPadam
  6. apakah prosedur mahkamah perusahaan sebelum mengambil tindakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa Nama3 Oktober 2015 3:09 PTG
      1. Tk kerana singgah di blog ini & berkongsi maklumat.
      2. Jawapan saya adalah sama dengan ulasan di atas (persoalan Waney Cetcet).
      3. Sekadar itu yang mampu dijelaskan. Maaf. Sekiranya anda lebih terperinci, rasanya anda perlu buat kajian/pembacaan - terdapat website & fb Mahkamah Perusahaan.
      4. Saya doakan kejayaan anda

      Padam