Dokrin duluan kehakiman (selain statut) dipakai juga sebagai sumber undang-undang dalam Sistem Perundangan Malaysia. Doktrin tersebut dipakai jika sesuai & tidak bercanggah dengan sistem kehakiman Malaysia. Menurut doktrin tersebut, hakim mahkamah berhak:
(1) membuat prinsip kehakimannya sendiri sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis; atau(2) membuat pilihan antara prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah sebelumnya (mahkamah setaraf @ lebih tinggi).
ummm... nak tnye lah... ape maksud doktrin duluan kehakiman secara khusus...???
BalasPadamSalam Tanpa 8:02,
BalasPadamSecara amnya doktrin tersebut:
1. ialah keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah semasa mengadili sesuatu kes.
2. juga merupakan sumber undang-undang iaitu undang-undang tidak bertulis;
3. dirujuk oleh hakim apabila tiada undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara.
Tk kerana tnye ...
apa fungsi Doktrin duluan kehakiman nie??
BalasPadamSalam Tanpa Nama 14:58,
BalasPadamSecara amnya, doktrin tersebut berfungsi sebagai bahan rujukan oleh hakim iaitu dalam mengendalikan sesuatu kes, hakim boleh merujuk pengendalian kes terdahulu (kes yang sama) sebagai asas membuat sesuatu keputusan.
can u explain simply what is meant by 'judicial precedent'??
BalasPadamSalam Tanpa Nama 10:26,
BalasPadamThank you for asking. My understanding (NOT as a law expert) is as follow:
Judicial precedent means:
1. the process whereby the judges follow the previous decided cases where the facts are of sufficient similarity.
2. Meant to provide predictability & consistency in the law.
3. Involves an application of the principle of 'stare decisis' (to stand by the decided). 4. The inferior courts are bound to apply the legal principles set down in the earlier cases by the superior courts.
Sekiranya tidak tepat sila maklumkan kepada saya.
apa maksu doktrin duluan kehakiman?
BalasPadamapa maksud undang-undang subsidiari?
BalasPadamSalam Tanpa Nama 18 Jun 2011 3:24 PM,
BalasPadam1. Sila semak komen saya terdahulu - rasanya cukup jelas apa maksud doktrin duluan kehakiman.
2. Apa pun terima kasih kerana singgah di blog ini & bertanya soalan.
blh saya tahu apa itu undang-undang subsidiari?
BalasPadamSalam Tanpa Nama19 Jun 2011 4:33 PTG
Padam1. Tk kerana singgah di blog ini.
2. Jawapan kepada soalan anda ada di Tips 5
bley x bg jawapan utk soalan ini, secepat y mgkin ea. hehe :
BalasPadam1)bgaimana kptsn khakiman mula m'jd sumber undang2
2)bgaimana dikatakan ia sbg doktrin duluan kehakiman
3)bg gmbarajah utk jelaskn hierarki duluan mhkmh
4)kebaikn & keburukn doktrin duluan mhkmh
Salam Tanpa Nama 19 Jun 2011 4.33 PM,
BalasPadamSecara ringkasnya undang-undang subsidiari ialah kuasa undang-undang diturunkan (oleh Badan Legislatif) kepada satu badan (individu - eg: menteri) tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya.
Salam bulanchantek,
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Secara amnya jawapan bagi perkara (1), (2) dan (3) yang dikemukakan telah ada pada pos & catatan-catatan ulasan.
3. Bagi perkara (4) saya minta maaf kerana buat masa kini saya tidak kaji secara mendalam kebaikan & keburukan doktrin tersebut. Setakat ini (kerana bukan nak jadi pakar undang-undang) tiada keperluan khusus untuk itu. Sekali lagi maaf.
dalam buku nie tajuk bab ape eak??
BalasPadamdalam soalan stpm 2011, ada soalan tntang doktrin duluan kehakiman.. ada 2 pilihan jawapan yg betul berdasarkan nota ni..confuse. selalu ke keluar soalan yg ada dua jawapan tepat, memang x lari langsung drpd nota pengajian am??
BalasPadamSalam mn6bil,
BalasPadambab mengenai sumber undang-undang, sistem kehakiman/perundangan Malaysia.
Salam Lah Rabbani,
BalasPadam1. Anda amat teliti & pantas bertindak. Tahniah! Juga terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Secara amnya, tidak akan berlaku seperti yang didakwa. Namun, sepanjang ingatan (maaf tak ingat tahun) pernah tiada terdapat jawapan yang betul.
3. Soalan (hampir sama) seperti Soalan 45 STPM 2011 (yang dipersoalkan) pernah keluar pada Tahun 1999. Bezanya soalan Tahun 1999: (i) ada penyataan sebelum soalan; (ii) jawapan ialah pilihan I, II, III & IV (bukan terus A, B, C, D); dan (iii) tiada perkataan “yang lebih tinggi” pada penyataan D. Jawapan betul (diberi oleh MPM) ialah III & IV (iaitu C & D Tahun 2011). Justeru, apa yang anda pertikaikan ada kebenarannya.
4. Calon tidak perlu risau kerana jika betul terdapat kesalahan, maka soalan tersebut tidak akan dikira.
5. Namun, untuk soalan Tahun 2011, saya akan memilih C sebagai jawapan kerana jawapan D kurang tepat kerana rujukan bukan hanya kepada prinsip undang-undang mahkamah “yang lebih tinggi” tetapi juga “setaraf” - tujuk pos di atas.
6. Wallahualam ... Cuba bertanya kepada yang lebih arih pula ... Maaf kalau blog ini telah membuat anda confuse.
leh bg maksud ordinan, enakmen, akta, perundangan subsidari.dan doktrin duluan kehakiman
BalasPadamordinan(undang2 yang diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948 hingga tahun 1959 dan undang2 yang diluluskan oleh DUN sabah dan sarawak) Enakmen(undang2 yg dluluskn oleh DUN bagi negeri2 di semenanjung) Akta(undang2 yang diluluskan oleh Parlimen selepas 11/9/1959 hingga kini )
BalasPadamSalam Tanpa Nama 8 Februari 2012 8:55 PTG & Amirul Husni
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini.
2. Minta maaf kepada Tanpa Nama kerana selepas saya terbitkan komen saudara, saya terlupa mengenainya sehinggalah Sdr. Amirul Husni memberi komen di atas.
3. Berbanyak terima kasih kepada Sdr. Amirul Husni yang tolong memberi jawapan tepat ( dan lebih baik berbanding saya. Inilah contoh terbaik perkongsian maklumat.
Walahualam ...
duluan mengikat tu ape?same x dgn duluan kehakiman ni?
BalasPadamSalam Tanpa Nama22 Julai 2013 9:27 PTG
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini walaupun telah lama blog ini tidak dikemaskini.
2. 'Duluan mengikat' Itu adalah bahasa undang-undang.
3. Dalam bahasa mudahnya, maksudnya adalah terikat kepada apa yang apa (keputusan kehakiman) yang terdahulu.
4. Bagi saya, 'duluan mengikat' adalah huraian kepada konsep 'duluan kehakiman'.
Walahualam ...
Macam mana dengan soalan ni ..
BalasPadamyg manakah berkaitan Doktrin Duluan Kehakiman
!.sebarang keputusan hakim mahkamah rendah dianggap muktamad
!!.sebarang keputusan mahkamah rendah harus merujuk mahkamah khas
!!!.sebarang keputusan kehakiman di mahkamah tinggi dijadikan panduan
!v. sebarang keputusan mahkamah persekutuan dijadikan contoh pengendalian kes....
sy tak faham la soalan ni..tolong jelaskan
Salam sitii,
BalasPadam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini & mencatatkan ulasan.
2. Maaf kerana terlepas pandang ulasan anda ~ saya baru balik drp menunaikan haji.
3. Pilihan jawapan saya: penyataan III & IV.
4. Penyataan I salah sebab keputusan Mahkamah Rendah tidak muktamad (boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi).
5. Penyataan II juga salah sebab Mahkamah Rendah tidak perlu merujuk Mahkamah Khas.
6. Sekian, wallahualam ...
boleh terangkan kecacatan sistem undang-undang common
BalasPadamSalam Tanpa Nama3 Disember 2013 10:50 PTG
Padam1. Terima kasih kerana singgah di blog ini - walaupun dah agak kurang relevan krn tidak di update..
2. Pohon maaf kerana selepas menerbitkannya saya terlupa mengenainya.
3. Juga maaf kerana saya tidak dapat membantu anda untuk menerangkan kecatatan common law secara khusus, kerana saya tidak mengkajinya secara mendalam.
4. Namun, saya amat yakin jika anda membuat carian & kajian secara maya, jawapannya anda paasti dapat.
5. Saya juga yakin bahawa buat masa ini anda telah memperolehi jawapannya. Kalau ya, saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi kongsikannya di sini.
Walahualam ...
sy nak tanya . kalau soalan tnya yg manakah merujuk kepada doktrin duluan ?
BalasPadamA.hakim mahkamah persekutuan mmbuat prinsip kehakimanya sendiri
B.hakim mahkamah tinggi mmatuhi arahan ketua hakim negara dlm usaha membicarakan kes
C. hakim mahkamah yg kanan lbih bkuasa drpd hakim mahkamah yg baru di lanti
D.hakim mahkamah berhak mmbuat pilihan antara prinsip2 yg tkandung dlm kputusan mahkamah yg lbih tinggi .
Salam Tanpa Nama21 September 2014 3:15 PG
Padam1. TK kerana singgah di blog ini & sudi memberi komen untuk percambahan ilmu.
2. Jawapan saya ialah D. Jawapan A, B & C rasa tidak tepat.
Walahualam ....
Antara berikut,yang manakah berkaitan Doktrin Duluan Kehakiman?
BalasPadamI.Sebarang keputusan hakim Mahkamah Rendah dianggap muktamad.
II.Sebarang keputusan Mahkamah Rendah harus merujuk Mahkamah Khas.
III.Sebarang keputusan kehakiman di MAhkamah Tinggi dijadikan panduan.
IV.Sebarang keputusan Mahkamah Persekutuan dijadikan contoh pengendalian kes.
Tolong berikan jawapan yang betul kepada saya.terima kasih. :)
Salam Tanpa Nama: 21 September 2014 9:35 PTG
Padam1. Tk kerana singgah di blog ini.
2. Saya harap komen berikut telah membantu anda memperolehi jawapan yang betul.
3. Kalau salah saya pinta maaf, kerana saya hanya manusia biasa & saya berpegang kepada fahaman 'kalau betul/salah pun tidaklah semestinya 100% betul/salah'.
2. Soalan yang anda kemukakan pernah dikemukakan oleh sitii27 September 2013 12:44 PTG - Rujuk komen sebelum ini.
3. Justeru, jawapan saya pada 5 November 2013 12:18 PG tetap sama.
4. Namun, saya ingin membuat sedikit penambahan terhadap Catatan 5 iaitu dari Penyataan II juga salah sebab Mahkamah Rendah tidak perlu merujuk Mahkamah Khas.' kepada ' ... Mahkamah Rendah tidak SEMESTINYA perlu ...'
Walaualam ...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSelamat Petang, saya mau tanya berkaitan pernyataan 'seseorang hakim yang ingin membuat keputusan penghakiman kes sebaiknya meneliti kertas penghakiman kes terdahulu'
BalasPadamsoalan saya : Mengapakah seseorang hakim perlu meneliti kertas penghakiman terdahulu ?
Salam are yi sowtness
PadamTk kerana singgah di blog ini walaupun telah lama saya tidak membuat sebarang post baru.
Apa yang bakal dikongsikan HANYA pandangan (BUKAN jawapan) berdasarkan fahaman sendiri (melalui sedikit bacaan/rujukan) dan BUKAN juga pakar.
Pandangan saya adalah seperti berikut:
(1) Pelaksanaan undang-undang (termasuk keputusan penghakiman) adalah berteraskan PRINSIP KEADILAN
(2) Hakim perlu memastikan hukuman kepada individu disabitkan adalah SAMA dengan mana-mana kes terdahulu yang mempunyai PERSAMAAN (similarity).
(3) Lazimnya, hukuman (kecuali seperti hukuman mati mandatori) TIDAK dinyatakan secara tepat/khusus (not fixed). Maksudnya ada flexibeliti.
(4) Hukuman dinyatakan sama ada dalam (a) denda ; (b) penjara (c) denda atau/dan penjara; dan (d) penjara dan sebatan – kemungkinan satu jenis hukuman atau gabungan.
(5) Jumlah. tempoh atau bilangan juga tidak dinyatakan secara tepat. Sama ada (a) maksima atau tidak melebihi; dan (b) antara sekian dengan sekian.
(6) Atas sebab untuk berlaku adil dan hukuman yang tidak dinyatakan secara tepat, maka seseorang hakim perlu meneliti kertas penghakiman terdahulu.
Walahualam … sila rujuk kepada yang lebih arif.
i)sebarang keputusan hakim mahkamah rendah dianggap muktamad
BalasPadamii)sebarang keputusan kehakiman dia mahkamah tinggi dijadikan panduan
iii)sebarang keputusan mahkamah rendah harus merujuk mahkamah khas
iv)sebarang keputusan mahkamah persekutuan dijadikan contoh pengendalian kes
antara empat ni yang mana berkaitan dengan Doktrin Duluan Kehakiman?
Salam Tanpa Nama 3 Oktober 2015 2:37 PTG
Padam1, Tk kerana singgah di blog ini & berkongsi maklumat.
2. Apa kata kalau anda cuba sendiri mendapatkan jawapan ... sila ke Tips 100 blog ini - mungkin dapat membantu anda mendapatkan jawapan.
3. Kongsikan jawapan anda di sini - anda harus jelaskan mengapa itu jawapannya.
4. Saya doakan anda dipermudahkan - and I am looking forward for your answer.
5. Walahualam ...
Salam Tanpa Nama 3 Oktober 2015 2:37 PTG
PadamSaya terlupa - apa yang anda persoalkan dah pernah beberapa kali dipersoalkan. Sila rujuk ulasan-ulasan dia atas
Maksud doktrin duluan kehakiman ialah penggunaan prinsip undang-undang dalam keputusan mahkamah yg lebih tinggi apabila tiada peruntukan bertulis bagi kes yg sama
BalasPadamSalam Tanpa Nama 11 Oktober 2015 10:41 PG
Padam1. Tk kerana singgah di blog ini dan berkongsi maklumat mengenai Doktrin Duluan Kehakiman.
2. Betul apa yang diberikan cuma berdasarkan bacaan saya (bukan sebagai pakar undang-undang) ianya:
i. bukan sahaja penggunaan prinsip mahkamah yg lebih tinggi tetapi juga mahkamah yang setara.
ii. juga bukan bagi kes yg sama tetapi yg ada persamaan dengan kes yg dikendalikan.
3. Wallahhualam ... apa-apa pun sifat ingin berkongsi seperti andalah yg diperlukan untuk menyemarakkan ilmu. Sekali lagi tahniah.