Sabtu, 19 Disember 2009
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Jumaat, 27 November 2009
Aidiladha
Jumaat, 20 November 2009
Ucapan
1. Mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM 2009 kepada para pelajar PraU2. Kejayaan anda semua saya doakan.
2. Kepada para pelajar PraU1 pula SELAMAT BERCUTI & buatlah ulangkaji sebagai persiapan peperiksaan STPM 2010.
Khamis, 12 November 2009
Tangguh Seketika
Sabtu, 31 Oktober 2009
80. Kuasa Perlantikan
Peperiksaan PA Kertas 1
Persoalan 2: Cara Terbaik Menangani Soalan Penyelesaian Masalah
Tidak timbul soal tidak cukup masa kerana isu kemampuan pelajar untuk menjawab telah diambil kira semasa membina soalan-soalan. Anda perlu buat banyak latihan. Dicadangkan setiap hari - sama seperti (kalau anda masih ingat) cerita saya tentang cara seorang kawan saya 'tackel' isteri dia semasa belajar dulu. Saya harap respon iini dapat membantu anda.
Rabu, 21 Oktober 2009
Pertandingan Mencipta Kulit Majalah Darulaman
Selasa, 20 Oktober 2009
79. Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri
1. Pegawai Utama Pentadbiran Negeri
2. Ketua Perkhidmatan Awam Negeri
3. Penasihat Pentadbir Utama kepada MB/KM
4. Penasihat Utama kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
78. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selasa, 13 Oktober 2009
77. Peruntukan Tambahan Bagi Sabah & Sarawak
76. Majlis/Dewan Bandar Raya
1. Taraf Kawasan - Pusat Pentadbiran Negeri
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 1 juta orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Melebihi RM 20 juta
4. Terdapat institusi kewangan
5. Terdapat pusat-pusat pengajian tinggi
6. Diketuai oleh seorang Datuk Bandar
Isnin, 12 Oktober 2009
75. Majlis Daerah
1. Taraf Kawasan - Luar kawasan Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Kurang 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 12 orang
74. Majlis Perbandaran
1. Taraf Kawasan - Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Tidak kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 24 orang
Rabu, 7 Oktober 2009
73. 1 Malaysia
Polemik Wang Rakyat
2. Jika ada apa yang dikatakan wang rakyat, tentu setiap warganegara boleh ke Perbendahraan Malaysia dan meminta wang tersebut.
3. Dalam politik 'wang rakyat' dikaitkan dengan pembaziran. Dakwaan tersebut saya rasakan benar. Pembaziran berlaku di mana-mana.
4. Bagaimana kalau dikatakan seorang pelajar (yang sedang menuntut di sebuah sekolah kerajaan & menggunakan wang negara) tidak mencapai gred yang baik juga telah membazir wang rakyat?
72. Jawatankuasa Kabinet
Sabtu, 3 Oktober 2009
71. EPU - Huraian
Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :
- Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;
- Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;
- Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;
- Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;
- Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
- Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;
- Merancang dan menyelaras program penswastaan dan menilai pencapaiannya;
- Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;
- Merancang dan menyelaras bantuan dua hala dan pelbagai hala serta mengendalikan Program Kerjasama Teknik Malaysia;
- Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan
- Menimbang dan memperakukan cadangan penyususunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.
Sumber: http://www.epu.gov.my/
Nota:Pos di atas dibuat berdasarkan persoalan yang dikemukakan di tips 65.
70. Penglibatan Prosiding DUN
69. Kuasa Perlantikan Oleh Yang Dipertua Negeri
1. Ketua Menteri
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan - atas nasihat Ketua Menteri
3. Majistret - atas nasihat Hakim Besar Malaya
4. Penghulu - mengikut nasihat Kerajaan Negeri
68. Bidang Kuasa Kerajaan Negeri
2. pertukaran syarat guna tanah
3. pengeluaran sijil menduduki bangunan.
Laman PA
Jika anda singgah di laman tersebut, anda pasti tidak akan rugi ...
Selasa, 29 September 2009
67. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
66. JPA
64. ICU
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) ialah sebuah agensi pusat di JPM. Berikut adalah fungsi ICU:
- Menyelaras, memantau dan menilai dasar dan projek pembangunan.
- Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara dan beberapa jawatankuasa Kabinet yang lain.
- Membangun, mengurus dan memastikan fungsi sistem Pemantauan Projek SPP II berfungsi dengan baik.
- Mengurus dan menyelaras projek Khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Senator dan Ahli Parlimen.
63. SPRM
Jumaat, 25 September 2009
62. MAMPU
- Memperkenalkan & mempromosi program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai & mengiktiraf tahap prestasi agensi Kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan dan responsif.
- Merancang, menggubal, meyelaras & menilai pelaksanaan pembangunan ICT Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Memberi khidmat nasihat & perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja dan pelaksanaan pembangunan ICT ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
- Menggembleng ilmu, kepakaran & sumber pelbagai pihak (awam, swasta dan badan bukan Kerajaan) ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran & sistem penyampaian perkhidmatan.
61. Akta Pencegahan Rasuah 1997
- Seorang ahli Majlis Daerah mengambil bahagian dalam mesyuarat pemberian dalam mana salah satu gerai diberi kepada saudaranya.
- Seorang pemaju hartanah meminta seorang pegawai kerajaan supaya tidak mengundi dalam mesyuarat badan awam bagi menentang sesuatu usul pembangunan.
60. MITI
Fungsi Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Ministry of International Trade & Industry - MITI) ialah:
- Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara;
- Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian;
- Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan duahala dan pelbagaihala serta kerjasama perdagangan serantau;
- Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;
- Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;
- Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan khususnya kepada Bumiputera;
- Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institusi pembuatan.
Sumber: http://www.miti.gov.my/
59. KPDNKK
- Pengawalseliaan perdagangan dalam negeri melalui (1) Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu; dan (2) Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu.
- Hal ehwal perlindungan pengguna;
- Urusan berkaitan harta intelek, meliputi hakcipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
- Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Penyelarasan dasar; peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Pelesenan urusniaga jualan langsung;
- Membanteras penyelewengan dalam perdagangan;
- Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
- Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
- Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
- Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek;
Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/
Isnin, 21 September 2009
58. Pengurangan & Peningkatan Cukai
57. Majlis Kewangan Negara
56. Perbendaharaan Malaysia
1. menyelaras dasar pinjaman wang negara
2. mengawal pertumbuhan industri insurans negara.
Sabtu, 19 September 2009
Selamat Hari Raya
Rabu, 16 September 2009
55. Dewan Negara
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan @ negeri.
54. Dewan Rakyat
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:
- warga negara Malaysia
- tidak kurang dari 21 tahun
- waras fikiran
- bukan seorang muflis
- tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat & Dewan Negara dalam satu masa.
53. Dewan Rakyat & DUN
Tahun 1964 - PRU2 : DR - 104 ; DUN - 282
Tahun 1969 - PRU3 : DR - 144 ; DUN - 362
Tahun 1974 - PRU4 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1978 - PRU5 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1982 - PRU6 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1986 - PRU7 : DR - 177 ; DUN - 447
Tahun 1990 - PRU8 : DR - 180 ; DUN - 447
Tahun 1995 - PRU9 : DR - 192 ; DUN - 498
Tahun 1999 - PRU10 : DR - 193 ; DUN - 504
Tahun 2004 - PRU11 : DR - 219 ; DUN - 567
Tahun 2008 - PRU12 : DR - 222 ; DUN - 576
Jumaat, 11 September 2009
52. KKLW
2. JHEOA
3. INFRA (Institute For Rural Advancement/Institut Kemajuan Desa)
4. MARA
5. RISDA
6. FELCRA
7. KEDA
8. KEJORA
9. KETENGAH
10. KESEDAR
Nota:
Apakah badan-badan berkanun lain & di bawah tanggungjawab kementerian mana.
51. Kementerian-Kementerian
Rabu, 9 September 2009
50. Perbezaan & Persamaan BB & BTB
49. Perbadanan Awam
1. Badan khas kerajaan (Persekutuan @ Negeri)
2. Menjalankan kegiatan berunsur perniagaan - bidang yang tidak diceburi swasta.
3. Kerajaan mempunyai ekuiti dalamnya.
4. Terbahagi kepada dua iaitu: Perbadanan Awam Persekutuan & Perbadanan Awam Negeri.
5. Perbadanan Awam Persekutuan diletakkan di bawah kementerian-kementerian tertentu.
6. Dua bentuk Perbadanan Awam iaitu: Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun
Contoh-contoh:
Badan Berkanun: MARA, FELDA & MARDI
Badan Tidak Berkanun: PETRONAS, MAS, HICOM & PNB
48. Kementerian Sumber Manusia
1. Jabatan Perhubungan Perusahaan
2. Jabatan Sumber Manusia
Nota:
Sila layari laman web kementerian berkaitan.
47. Kementerian Dalam Negeri
1. Jabatan Polis
2. Jabatan Penjara
3. Jabatan Imigresen
4. Jabatan Pendaftaran Negara
46. Kementerian Kewangan
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri
2. Kastam Diraja Malaysia
Nota:
Sila layari laman web kementerian berkaitan.
Ahad, 6 September 2009
45. Jabatan Perdana Menteri
44. Mengakaun Kewangan Sendiri
1. Kementerian Kesihatan
2. Kementerian Pelajaran
3. Kementerian Pertahanan
4. Jabatan Akauntan Negara
43. Ahli Kabinet
1. Merupakan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat @ Dewan Negara).
2. Dilantik oleh YDPA - PM hanya pilih.
3. Perlu bertindak secara kolektif.
4. Tidak tertakluk kepada had umur persaraan.
Sabtu, 5 September 2009
Ujian Selaras September 2009
Exam is a test of how fast you can retrieve information from your neurons. Practice output learning!
If you can teach or share information with a friend, it shows that you have understand the subject well.
Nota:
Jumaat, 4 September 2009
42. Perdana Menteri
2. Seorang Ahli Dewan Rakyat.
3. Mendapat perkenan YDPA.
4. Pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Rakyat.
5. Pemimpin parti yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Nota:
Tidak dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum.
Khamis, 3 September 2009
41. Tugas YDPA
1. YDPA bukan Pengerusi Tetap Majlis Raja-Raja (MRR). Jawatan Pengerusi Tetap MRR dijawat oleh raja-raja setiap negeri bergilir-gilir - tidak ada pengerusi tetap MRR.
2. Jawatan Ketua Agama Persekutuan tidak ada.
40. Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Rabu, 2 September 2009
39. PM & Mufti
37. Speaker Dewan Rakyat
36. Ketua Audit Negara & Anggota SPR
35. Jawatankuasa Kabinet
Nota:
Apakah fungsi jawatankuasa tersebut???
34. Majlis Tindakan Negeri
Nota:
Apakah fungsi majlis tersebut???
33. Majlis Pembangunan Negara
32. Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan & Kerajaan Negeri
31. Perbendaharaan Malaysia
Uji MInda
Isnin, 31 Ogos 2009
30. Penyelarasan Antara Kerajaan
29. Bidang Kuasa MRR
1. Mempersetujui atau tidak mempersetujui perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan.
2. Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dasar negara.
28. Kerajaan Persekutuan
27. Kerajaan Kesatuan
1. Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
2. Kerajaan Pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
26. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan
Ahad, 30 Ogos 2009
25. Kuasa Pengampunan
Isnin, 24 Ogos 2009
Tugasan Masa Cuti
24. Pemecatan EXCO
23. Pemecatan MB/KM
Apabila tidak mendapat kepercayaan daripada 2/3 jumlah ahli DUN.
22. Pemecatan Raja/Sultan
Atas nasihat Lembaga Kesultanan Negeri masing-masing.
21. Pemecatan Yang Dipertua Negeri
20. Lantikan SU Dewan Rakyat
Nota:
1. Siapa pula memecatnya?
2. Siapa pula melantik Speaker Dewan Rakyat>
19. Lantikan Majistret
1. Wilayah Persekutuan: YDPA + nasihat Hakim Besar Malaya
2. Negeri-Negeri Lain: Sultan/Raja Yang Dipertua Negeri + nasihat Hakim Besar Malaya @ Hakim Besar Sabah & Sarawak.
18. Gabenor
Lantikan: YDPA & Kerajaan Negeri
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA berdasarkan undi tidak percaya Dewan Undangan Negeri (DUN).
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair
17. Ketua Turus ATM, KAN & Gabenor BNM
Lantikan: YDPA + nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair
16. KPN
Lantikan: YDPA + nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: Lembaga Tatatertib
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair
15. KHN & Pengerusi Suruhanjaya
Lantikan: YDPA+ nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: YDPA atas syor TRIBUNAL (yang dilantik YDPA)
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair
14. KSN
Lantikan: YDPA+ nasihat PM
Persetujuan: Majlis Raja-Raja
Pemecatan: Lembaga Tatatertib JPA
Nota:
Sumbangan Cikgu Segaran Nair
Sabtu, 22 Ogos 2009
Salam Ramadhan 1430H
Ahad, 16 Ogos 2009
13. SUHAKAM
1. Menerima aduan pencabulan hak asasi;
2. Meneliti kesahan kes pencabulan hak asasi;
3. Menjalankan siasatan; dan
4. Menyediakan laporan.
Nota:
SUHAKAM tidak berkuasa untuk:
1. mengeluarkan waran (arahan) untuk menangkap pesalah;
2. membawa sesuatu kes ke mahkamah; ATAU
3. menjatuhkan hukuman.
12. Kewarganegaraan: Kemasukan
Syarat:
1. Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas; DAN
2. Telah bermaustatin di Malaysia selama 10 tahun daripada 12 tahun sebelum permohonan; DAN
3. Berhasrat untuk tinggal di Persekutuan
Contoh:
Seorang eksekutif petroleum dari Kanada & telah bekerja di Malaysia selama 10 tahun.
Nota:
Apakah ada syarat tambahan lain ... seperti kebolehan berbahasa Melayu???
11. Kewarganegaraan: Pendaftaran
Syarat:
1. Wanita asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia; DAN
2. Perkahwinan tersebut didaftarkan di Malaysia.
Contoh:
Seorang wanita rakyat Thailand & suaminya seorang warganegara Malaysia.
Nota:
Apakah ada syarat tambahan lain ... seperti kebolehan berbahasa Melayu???
10. Kewarganegaraan: Kuatkuasa Undang-Undang
Syarat:
1. Dilahirkan di Persekutuan selepas Hari Malaysia (16 September 1963) DAN
2. Ibu ATAU bapanya seorang warganegara Malaysia.
Contoh:
X dilahirkan pada tahun 1961 di Kuala Nerang. Ibu bapanya warganegara Malaysia.
9. Senarai Bersama
1. Kebajikan masyarakat
2. Biasiswa
3. Perancangan bandar & desa
4. Pemulihan tanah lombong
5. Ternakan Binatang
6. Kutu rayau
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.
8. Senarai Negeri
1. Pertanian
2. Hukum Syarak
3. Penyu
4. Perpustakaan
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.
7. Senarai Persekutuan
2. Kebajikan orang asli
3. Kewarganegaraan
4. Pos & Telekom
5. Perkapalan
Nota:
Banyak lagi ... sila rujuk buku teks anda.
6. Pembahagian Kuasa Perundangan
Sabtu, 15 Ogos 2009
5. Istilah Perundangan
1. Rang - merujuk kepada draf undang-undang,
4. Kewarganegaraan: Kuatkuasa Undang-Undang
3. Konsep Negara
1. penduduk yang tetap
2. sempadan tertentu & diiktiraf
3. sistem kerajaan yang teratur
Nota:
Sesebuah negara tidak semestinya mempunyai raja @ sultan.
2. Ciri-Ciri Sistem Kerajaan
~ Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
~ Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa tertentu.
~ Kuasa kerajaan dibahagikan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan.
2. Kerajaan Kesatuan
~ Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
3. Kerajaan Konfederasi
~ Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang amat terhad.
~ Kebanyakan kuasa kerjaan terletak di tangan Kerajaan Negeri.
1. Kerajaan Konfederasi
1. Mempunyai dua bahagian iaitu Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri.
2. Diwujudkan melalui perjanjian yang longgar.
3. Kuasa terletak dalam tangan Kerajaan Negeri - justeru, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang TERHAD.
Peperiksaan PA Kertas 1
Kod: 900/1
Masa Peperiksaan: 2 jam
Bentuk: Aneka Pilihan
Jumlah Soalan: 60 - pecahannya adalah seperti berikut:
1. Kenegaraan Malaysia: 25 soalan
~ mengandungi: Bidang Eksekutif, Legislatif & Judisiari
2. Pengetahuan Am: 20 soalan
~ mengandungi: Dasar Luar, Dasar Luar & Isu Semasa
3. Penyelesaian Masalah: 15 soalan
~ mengandungi: Soalan-soalan Kuantitatif