Sabtu, 31 Oktober 2009

80. Kuasa Perlantikan

Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar/Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan-jawatan tertentu. Contohnya, Yang Dipertua Negeri Melaka & Pulau Pinang mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan berikut:
1. Ketua Menteri (di kalangan yang mendapat sokongan majoriti ahli DUN)
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (atas nasihat Ketua Menteri)
3. Majistret (atas nasihat Hakim Besar Malaya)
4. Penghulu (mengikut nasihat Kerajaan Negeri)
Catatan:
Bagaimana dengan kuasa perlantikan jawatan di negeri-negeri lain? Sila dapatkan.

Peperiksaan PA Kertas 1

Seorang rakan anda, Curiosity Sigmalian (agak saya pelajar kelas Sigma) telah mengemukakan dua persoalan (komen di pos sebelum pos ini). Berikut ialah respons saya mengenainya:
Persoalan 1: Jumlah Soalan Penyelesaian Masalah
Dalam peperiksaan STPM akan ada 15 soalan penyelesaian masalah. - iaitu yang melibatkan pengiraan. Agihan soalan PA Kertas 1 STPM adalah seperti rajah di bawah. Untuk itu soalan peperiksaan dalaman KSAH juga akan cuba mengikut format tersebut. Isu ini sebenarnya telah dijelaskan secara terperinci semasa kelas pertama saya.

Persoalan 2: Cara Terbaik Menangani Soalan Penyelesaian Masalah
Tidak timbul soal tidak cukup masa kerana isu kemampuan pelajar untuk menjawab telah diambil kira semasa membina soalan-soalan. Anda perlu buat banyak latihan. Dicadangkan setiap hari - sama seperti (kalau anda masih ingat) cerita saya tentang cara seorang kawan saya 'tackel' isteri dia semasa belajar dulu. Saya harap respon iini dapat membantu anda.

Rabu, 21 Oktober 2009

Pertandingan Mencipta Kulit Majalah Darulaman

Pengetua meminta saya menghebahkan kepada warga KSAH tentang pertandingan mencipta kulit Majalah Darulaman (majalah KSAH) bagi tahun 2009. Bila sebut pertandingan tentulah ada hadiahnya.
Ini hanyalah maklumat awal. Perinciannya akan saya muatkan di dalam laman web kolej.
Harapan saya, anda yang berbakat tidak melepaskan peluang ini. Mana tahu ciptaan anda yang menang.

Selasa, 20 Oktober 2009

79. Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri

Setiausaha Kerajaan Negeri berperanan sebagai:
1. Pegawai Utama Pentadbiran Negeri
2. Ketua Perkhidmatan Awam Negeri
3. Penasihat Pentadbir Utama kepada MB/KM
4. Penasihat Utama kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

78. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ialah jabatan utama bagi sesebuah negeri. Ketuanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Fungsinya sama dengan Jabatan Perdana Menteri. Fungsinya:
1. merancang & menyelaras segala dasar Kerajaan Negeri
2. menentukan pelaksanaan dasar-dasar oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri

Selasa, 13 Oktober 2009

77. Peruntukan Tambahan Bagi Sabah & Sarawak

Berikut ialah beberapa peruntukan tambahan bagi Sabah & Sarawak dalam aspek pentadbiran & hubungannya dengan kuasa Kerajaan Persekutuan:
1. Parlimen tidak boleh menyekat penggunaan bahasa Inggeris di kedua-dua negeri.
2. Parlimen boleh membuat undang-undang tentang Kerajaan Tempatan di kedua-dua negeri.
3. Parlimen mempunyai kuasa menentukan syarat-syarat kewarganegaraan bagi kedua-dua negeri.
4. Parlimen boleh melarang kedua-dua negeri daripada mengenakan royalti terhadap galian.

76. Majlis/Dewan Bandar Raya

Berikut ialah ciri-ciri Majlis/Dewan Bandaraya:
1. Taraf Kawasan - Pusat Pentadbiran Negeri
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 1 juta orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Melebihi RM 20 juta
4. Terdapat institusi kewangan
5. Terdapat pusat-pusat pengajian tinggi
6. Diketuai oleh seorang Datuk Bandar

Isnin, 12 Oktober 2009

75. Majlis Daerah

Berikut ialah ciri-ciri Majlis Daerah:
1. Taraf Kawasan - Luar kawasan Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Kurang 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 12 orang

74. Majlis Perbandaran

Berikut ialah ciri-ciri Majlis Perbandaran:
1. Taraf Kawasan - Pusat Bandar
2. Bilangan Penduduk - Melebihi 100,000 orang
3. Hasil Pendapatan Tahunan - Tidak kurang dari RM 5 juta
4. Bilangan Ahli Majlis - 8 hingga 24 orang

Rabu, 7 Oktober 2009

73. 1 Malaysia

Lapan nilai ke arah 1 Malaysia:
1. Budaya Kecemerlangan
Persepsi kental, berwibawa menjulang nama menuju puncak jaya.
2. Rendah Hati
Tawaduk, hormat, berhemah bercirikan kekuatan peribadi.
3. Ketabahan
Cekal disisip keyakinan menanggung risiko, kreatif, sedia mengharung kesukaran menuju kejayaan cemerlang.
4. Penerimaan
Rela dengan minda terbuka, mengakui kenyataan, merentasi smua garisan pemisah bangsa etnik.
5. Kesetiaan
Akur, patuh, membina tunggak kejayan secara gandingan bersama.
6. Meritokrasi
Setanding, unggul, menonjol, mencabar, ketrampilan mencakupi segala faktor terbaik
7. Pendidikan
Membaca,landasan menyatupadukan holistik, titik persamaan, membuka minda menjulang martabat negara.
8. Integriti
Dihormati, wibawa, jati diri, akui kesilapan, membaikinya, jadi panduan, jujur, bercakap benar, tepati janji.

Polemik Wang Rakyat

Dalam Tip 35, seorang (Tanpa Nama) telah membangkitkan tentang wang rakyat. Berikut adalah ulasan saya mengenai isu tersebut:
1. Bagi saya tiada istilah wang rakyat. Ia merupakan istilah yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik. Yang ada ialah wang negara yang disimpan di Perbendaharaan Malaysia.
2. Jika ada apa yang dikatakan wang rakyat, tentu setiap warganegara boleh ke Perbendahraan Malaysia dan meminta wang tersebut.
3. Dalam politik 'wang rakyat' dikaitkan dengan pembaziran. Dakwaan tersebut saya rasakan benar. Pembaziran berlaku di mana-mana.
4. Bagaimana kalau dikatakan seorang pelajar (yang sedang menuntut di sebuah sekolah kerajaan & menggunakan wang negara) tidak mencapai gred yang baik juga telah membazir wang rakyat?

72. Jawatankuasa Kabinet

Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan secara tetap @ sementara untuk mengkaji & menyelaras penyelesaian isu-isu yang rumit. Contoh:
1. Jawatankuasa mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
2. Jawatankuasa menangani krisis air
3. Jawatankuasa mengenai daya saing negara
Catatan:
Pos ini merupakan sambungan kepada Tips 35.

Sabtu, 3 Oktober 2009

71. EPU - Huraian

Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

  • Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;
  • Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;
  • Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;
  • Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;
  • Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
  • Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;
  • Merancang dan menyelaras program penswastaan dan menilai pencapaiannya;
  • Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;
  • Merancang dan menyelaras bantuan dua hala dan pelbagai hala serta mengendalikan Program Kerjasama Teknik Malaysia;
  • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan
  • Menimbang dan memperakukan cadangan penyususunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.

Sumber: http://www.epu.gov.my/

Nota:
Pos di atas dibuat berdasarkan persoalan yang dikemukakan di tips 65.

70. Penglibatan Prosiding DUN

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri
Penasihat Undang-undang Negeri
1. Bagi semua negeri-negeri beraja di Semenanjung - ketiga-tiga pegawai di atas mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. Bagi Melaka & Pulau Pinang - hanya Penasihat Undang-undang Negeri mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri (DUN).
3. Bagi Sabah & Sarawak - ketiga-tiga pegawai di atas tidak berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

69. Kuasa Perlantikan Oleh Yang Dipertua Negeri

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang & Melaka mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan-jawatan berikut:
1. Ketua Menteri
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan - atas nasihat Ketua Menteri
3. Majistret - atas nasihat Hakim Besar Malaya
4. Penghulu - mengikut nasihat Kerajaan Negeri

68. Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

Dalam urusan pembinaan & penggunaan sesebuah bangunan Kerajaan Persekutuan, perkara-perkara yang tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri ialah:
1. penyediaan bekalan air
2. pertukaran syarat guna tanah
3. pengeluaran sijil menduduki bangunan.

Laman PA

Berikut ialah dua url yang saya temui pagi tadi. Kedua-duanya mengandungi bahan yang berkaitan dengan anda, khususnya matapelajaran Pengajian Am. Secara peribadi, kedua-duanya amat bermanfaat & merupakan satu usaha yang memerlukan komitmen yang tinggi. JANGAN LUPA untuk mengatakan terima kasih anda kepada empunya laman apabila singgah di laman berikut.
Pautan kedua-dua laman berikut seperti berikut:
2. http://www.feesability.net/stpm_negeri/blogs.htm
Jika anda singgah di laman tersebut, anda pasti tidak akan rugi ...